Quantcast
Channel: Agen Shaklee Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 521

VIVIX Shaklee ~ Saya dah jatuh CINTA ;-)

$
0
0
Salam semua,
 
Harini nak sambung lagi CERITA VIVIX.
VIVIX - produk Shaklee yang paling PREMIUM.
Tak kenal, tak rasa maka tak cinta.
 
 
 
Tapi sekali dah kenal, dah makan, dah rasa, memang jatuh cinta.
Saya makan Shaklee start bulan April 2012. Saya mendaftar sebagai agen Shaklee bulan June 2012.
Sampailah bulan Julai 2013 ni ha baru lah pertama kali VIVIX masuk dalam mulut saya ni ha.
Lama kan? Lepas setahun saya jual Shaklee, baru saya makan VIVIX.
 
Entri hari ni lebih kepada sharing pengalaman saya sendiri.
 
Saya asalnya beli VIVIX Shaklee ni untuk suami saya. Sebab saya tengok dia macam letih ajer. Yelah keje tak tentu masa. Kurang rehat, tido pun huru hara. Travel lagi.
Kesian lah pulak kan. Yelah laki aku jugak kan ... hahaah. Kang dia sakit, kita jugak yang susah. Owhhh tidak... biarlah dia sihat walafiat.
 
Suami saya ni tak suka tau makan suplemen ni. Biasalah orang lelaki.
So sebelum saya beli VIVIX tu, saya memang tanya dia dulu.
Saya ingat lagi saya whatsapp dia. Dia tgh keje masa tu. Saya kata " Ayang, kalau saya beli Vivix, awak nak makan tak? "
Nak tau dia jawab apa ? Dia kata " Kalau FREE ok ajer :-) ".
Hahahaaahh...
 
Dia actually memang tahu pasal Vivix ni sebab saya selalu citer. Jangan tatau husband saya tahu baper harga Set Breastfeeding 3M tau. Saya dengar dia cakap dalam handphone bila kawan dia tanyakan untuk wife. Hahaa.... tergelak saya masa tu. Tak sangka lah pulak ... ekekeee
 
Pastu saya beli Vivix ni. Dia makan. Hari2 dia makan sampai lah sekarang.
Dah nak habis pun dah sebotol Vivix tu. Nak kena beli lagi ni.
Dia kata badan rasa ok bertenaga, tak penat macam dulu. Balik keje, dia siap boleh kemas rumah ok. Hahaa... bukanlah saya tak berkemas. Saya lebih kepada bab buat kerja2 rumah. Ni kalau keje kemas bilik stor ke, yang kena angkat2 kotak ke apa ke yang perlu kudrat 7 horsepower ni memang saya tak buat lah. Ekekeee...
 
Pastu yelah dah alang2 barang dah ada depan mata kan. Saya pun join sekaki lah. Apa lagi kan ... So far memang sangat ok. Haritu saya ada rasa kebas2 kat tangan, al-maklum lah hari2 asik makan goreng2 jer. Kang nak rebus2 tak lalu pulak. Biasalah orang negori, makan mesti pedas. Sambal itu wajib buat saya. Lepas makan Vivix memang takde lansung dah kebas2 kat tangan tu. Kalau tak bila tido letak tangan bawah kepala jer, mak aii dia punye kebas. Takut lah pulak kot tinggi kolesterol ke apa kan. Tapi sekarang memang sangat ok. Saya berpuas hati.
 
Mak dan mak mertua saya pun dah makan Vivix leni. Kitorang belikan untuk mereka :-)
Tulah orang kata, bila kita dah rasa benda tu best, mesti rasa nak share dengan orang lain.
Pengalaman mereka dengan Vivix nanti saya share di lain entri pulak.
 
Leni rasa kalau boleh nak meng-VIVIX-kan semua orang. Seriously, tak rugi beli.
Rasa dia pun sedap. Rasa macam ribena pekat tak bancuh dengan air. Rasa masam2 manis macam tu. Kena makan satu sudu teh ajer pun setiap hari. Bukan payah pun. Lain lah kalau kena minum satu cawan ke. Yang tu memang bercinta sket lah.
Sebab cara makan Vivix yang mudah ni juga saya rasa jadi sebab kenapa suami saya tak culas makan Vivix.
 
Kalau nak baca testimoni Vivix yang lain, boleh KLIK link di bawah :
~ Darah Tinggi
~ Stroke
~ Kencing Manis
~ Sakit Lutut
~ Sakit Kepala

Kalau rasa2 berminat nak cuba. Boleh PM saya, SMS ke, Whatsapp ke. Ready stock memang sentiasa ada. No worries ;-))
 
Hubungi saya,

Yati Omar


SID : 868886
SMS/Whatsapp : 019-6671210
E-mail :
heriaty.omar@gmail.com

* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar



 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 521